{VIDEO} Mayat kanak-kanak 4 tahun terdampar di tepi pantai

TAWAU: Mayat seorang kanak-kanak perempuan ditemukan terdampar di kawasan tepi pantai berhampiran Jalan Persisiran

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata mayat kanak-kanak itu dikenali sebagai Lydia yang juga anak kepada suku Palauh berusia empat tahun.

Beliau berkata, hasil siasatan awal dan keterangan saksi iaitu ibu mangsa mendapati kanak-kanak terbabit dipercayai hilang pada jam 4 pagi ketika mereka tidur di kawasan kaki lima Kompleks Industri Ba Zong.

“Ibu mangsa dikatakan berusaha mencari di sekitar kawasan itu, namun gagal menjumpainya.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 1.30 tengah hari, beliau dimaklumkan mayat anaknya ditemui di tepi laut berhampiran Taman Jalan Persisiran Tawau,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jasmin berkata, mayat mangsa yang dibawa naik dari laut oleh pihak bomba disahkan wanita itu sebagai anaknya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis berhubung penemuan mayat itu pada jam 2.53 petang untuk bantuan khidmat mengambil mayat.

“Sebaik sampai, anggota bomba menggunakan tali dan beg mayat serta meredah lumpur sedalam hampir satu meter untuk mengambil mayat kanak-kanak itu sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi ditamatkan 20 minit kemudian,” katanya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*