{VIDEO} “Masih ramai lelaki bujang…” Isteri dedah ‘Ex Girlfriend’ cuba sondol suami, ajak jumpa

Viral di media sosial TikTok baru-baru ini mengenai satu hantaran video oleh seorang influencer dikenali sebagai Assyalie Ahmad yang mendedahkan tentang bekas kekasih suaminya telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, Assya menceritakan bagaimana bekas kekasih suaminya itu cuba untuk meminta suaminya untuk berjumpa.

Malah, bekas kekasih itu mengetahui lelaki itu sudahpun mendirikan rumahtangga namun dia masih gigih mengirim mesej menerusi direct message (DM) instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Asyalliee Ahmad (@asyalliee)

Ingin mengetahui apa tujuan sebenar wanita itu, Assya cuba melayani wanita itu dan tidak menyangka wanita itu sememangnya mahukan sesuatu lebih dari hanya berkawan.

Sejurus itu, dia terus menghentikan perbualan bersama wanita itu yang seakan-akan masih belum boleh ‘move on’.

@asyallieeahmad08Punya ramai lelaki bujang, laki orang juga you nak mengedik. Ermm tak faham guee. Kejadian ni berlaku awal tahun 2022 ni.♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa berang dengan tindakan wanita itu dan menyifatkan semua sikap ‘penyondol’ rumahtangga memang seperti tidak tahu malu.

Geram betul jenis ex tak reti move on ni, – netizen.

“Apa masalah ex masing masing ni. menirap aku dengar,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*