{VIDEO} Malu dihina pelanggan depan umum, luahan ‘rider’ undang sebak

Malu dihina pelanggan depan umum, luahan ‘rider’ undang sebak.

“Saya tak minta banyak, cuma nak dia minta maaf.”

Itu antara luahan seorang penghantar makanan apabila dirinya menjadi mangsa amarah pelanggan yang mana kesalahan tersebut bukan berpunca darinya.

Menurut Muhammad Yusuf, kejadian berpunca apabila pelanggan terbabit tersilap ‘pin’ lokasi penghantaran membuatkan dia terpaksa berkeliaran di kawasan itu selama satu jam.

“Dalam aplikasi tu dia suruh cari lokasi sampai dapat, saya sampai dalam mall tu saya pelil, mana ada dalam mall tu universiti.”

“Saya call pelanggan tu, dia kata pin alamat betul… satu jam saya cari, tangan security dia kata tak ada.”

“Saya waze alamat tu rupanya memang betul dia salah pin lokasi tapi dia tak mengaku.” -Yusuf.

Bagaimanapun, konflik bermula apabila pelanggan terbabit tiba-tiba memarahinya dan merampas makanan tersebut dari tangannya sebelum bertindak mengugut ingin menutup periuk nasi Yusuf.

“Dia datang terus rampas makanan dari saya, dia marah saya padahal saya cakap elok-elok, lepastu dia lagi tinggikan suara. cakap, ‘kalau tak boleh jadi rider, jangan jadi rider, kau dah menyusahkan aku.’-Yusuf.

Sepanjang 10 tahun menjadi ‘rider’, Yusuf memberitahu bahawa itu merupakan kejadian terburuk pernah menimpanya.

Lebih menyedihkan, insiden itu benar-benar mengganggu emosinya bilamana dia akui terngiang-ngiang suara pelanggan terbabit yang seolah-oleh merendahkan pekerjaan yang dibuat.

“Kepada customer, janganlah hina pekerjaan kami, kami cuma mencari rezeki yang halal.”

Terdahulu, tular sebuah video menyaksikan tindakan seorang lelaki memarahi penghantar makanan disebabkan ‘rider’ itu tidak menemui lokasi penghantaran.

Lebih menyedihkan, dia menghina dan memarahi ‘rider’ terbabit di tempat umum, walhal kesalahan tersebut berpunca dari dirinya yang tersilap ‘pin’ lokasi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*