{VIDEO} “Malang tak dapat dihidu…” Gara-gara kejang kaki, Myvi rempuh stesen minyak

“Malang tak dapat dihidu…” Gara-gara kejang kaki, Myvi rempuh stesen minyak.

Gara-gara kekejangan kaki, kereta Perodua Myvi dipandu lelaki warga emas hilang kawalan lalu merempuh kedai serbaneka di sebuah stesen minyak di Taman Canning, di sini hari selasa lalu.

Kejadian sekitar pukul 10.30 pagi itu menyebabkan seorang wanita berusia 30-an mengalami kecederaan di kaki kanan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kejadian berlaku ketika lelaki warga Switzerland berusia 77 tahun itu sedang membetulkan kenderaannya untuk mengisi minyak.

Katanya, lelaki itu bagaimanapun mengalami kekejangan di kaki kanan menyebabkan kenderaan dipandu meluncur laju dan merempuh dinding kaca premis tersebut.

“Kereta berkenaan turut melanggar sebuah motosikal jenis Yamaha Y16ZR milik pemandu syarikat penghantaran yang diletakkan di hadapan kedai.

“Dalam kejadian itu, seorang wanita yang berada di dalam premis berkenaan cedera di kaki kanan,” ujar beliau.

Tambah beliau, tiada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*