{VIDEO} “Maki hamun wartawan di UTC…” Pengawal keselamatan ganggu tugas dua wartawan berdepan siasatan

“Maki hamun wartawan di UTC…” Pengawal keselamatan ganggu tugas dua wartawan berdepan siasatan.

Polis mengklasifikasikan semula siasatan berhubung dakwaan seorang pengawal keselamatan mengganggu tugas dua wartawan baru-baru ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Habibi Majinji, lapor portal The Vibes.

Habibi berkata polis kini akan menyiasat kes itu di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Individu yang disabitkan dengan kesalahan tersebut boleh dipenjara sehingga enam bulan, denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini polis Dang Wangi mengklasifikasikan kes itu sebagai “rujuk kepada majistret”.

“Bagi saya, terdapat unsur-unsur yang memerlukan siasatan awal di bawah Seksyen 160 (Kanun Keseksaan) pada ketika ini.

Turut baca

“Kita perlu menyiasat untuk mengetahui pihak mana yang bersalah, jika ada unsur jenayah, kerana kedua-dua pihak telah tampil membuat laporan polis,” kata Habibi.

Dua wartawan The Vibes sebelum ini dilapor dihalau dan diherdik oleh seorang pengawal keselamatan di Jabatan Imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu pada Sabtu lalu.

Insiden itu berlaku ketika kedua-dua wartawan itu menemu bual beberapa individu yang sedang beratur untuk mendapatkan pasport mereka.

Pengawal keselamatan berkenaan mendakwa wartawan tidak dibenarkan mengambil gambar atau bercakap dengan mereka yang beratur tanpa kebenaran rasmi.

Selain mengherdik wartawan berkenaan, pengawal keselamatan itu juga didakwa merampas salah satu telefon wartawan terbabit.

Kedua-dua wartawan itu ketika itu sedang membuat liputan mengenai orang ramai yang beratur panjang di kaunter Jabatan Imigresen.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*