{VIDEO} “Macam beli sekolah je…” Ingin terbaik untuk anak, ibu tak kisah berhabis RM1.3 juta bayar yuran

“Macam beli sekolah je…” Ingin terbaik untuk anak, ibu tak kisah berhabis RM1.3 juta bayar yuran.  Setiap ibu bapa ingin melihat anak mereka membesar menjadi orang yang berjaya.

Justeru itu, ada segelintir pasangan di luar sana tidak pernah berkira tentang pembiayaan yuran anak-anak, asalkan mereka mampu membuktikan pencapaian dalam pelajaran.

Begitulah juga wanita ini, bilamana dia lebih memilih untuk mendaftarkan anak lelakinya ke sekolah tadika ‘level’ antarabangsa.

 

Apabila sebut sahaja tentang ‘antarabangsa’, pasti semua boleh membayangkan betapa hebatnya sekolah tersebut dengan adanya kemudahan infrastruktur serba mewah, bahan pembelajaran yang berkualiti, termasuklah yuran tahunan yang agak mahal.

Dedah wanita berkenaan yang juga merupakan seorang usahawan, yuran kemasukan ke sekolah itu menelon kos sehingga RM1.3 juta, namun dia berpuas hati kerana semua kemudahan yang disediakan serba cukup dan selesa.

Ramai pula yang sinis dengan perkongsian wanita itu bilamana rata-ratanya mengatakan pembiayaan tersebut terlalu mahal untuk seorang kanak-kanak yang masih bersekolah tadika.

Dalam waktu sama, ada juga yang berseloroh, bertanya jika dia membeli skolah tersebut mengenangkan harga yurannya setanding bangunan rumah.

Turut baca :

 "Macam beli sekolah je..." Ingin terbaik untuk anak, ibu tak kisah berhabis RM1.3 juta bayar yuran

 "Macam beli sekolah je..." Ingin terbaik untuk anak, ibu tak kisah berhabis RM1.3 juta bayar yuran

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*