{VIDEO} “Lokasi terhempas masih jadi misteri… Cahaya biru meteor menerangi langit pukau pandangan

TULAR beberapa video memaparkan fenomena dipercayai lintasan meteor yang menerangi langit di Sepanyol dan Portugal pada malam Sabtu.

Beberapa klip dirakam oleh orang awam menyaksikan kehadiran objek tersebut yang menyebabkan ruang udara di negara tersebut diterangi dengan cahaya berwarna biru buat beberapa saat.

Salah satu video tersebat memaparkan sebuah kereta dipandu di lebuh raya di Portugal sebelum muncul garis putih di langit yang kemudiannya menghasilkan cahaya biru.

Cahaya tersebut menjadi begitu terang sehingga menerangi ruang udara di lokasi berkenaan untuk beberapa detik sebelum kembali mengecil.

Pada masa sama, situasi yang sama turut dirakam oleh salah seorang pengunjung festival muzik di Sepanyol yang secara tidak sengaja merakam fenomena berkenaan ketika sedang menari di ruang terbuka.

Dalam pada itu, laporan awal mendakwa bahawa lintasan meteor itu boleh dilihat di langit wilayah tersebut sejauh ratusan kilometer.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada objek tersebut terhempas di permukaan bumi.

Beberapa laporan mendakwa meteor berkenaan berkemungkinan jatuh dia bandar Casto Daire sementara satu lagi laporan berasingan menyatakan objek berkenaan terhempas di Pinheiro, Portugal.

Jarak lokasi kedua-dua tempat itu adalah sejauh 309 kilometer (KM).

Media tempatan bagaimanapun melaporkan pasukan bomba yang dikerahkan ke lokasi tersebut tidak menjumpai sebarang objek meragukan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*