{VIDEO} Liga Super: Arif Aiman semakin menggila, cipta hatrik tundukkan KL City

Liga Super: Arif Aiman semakin menggila, cipta hatrik tundukkan KL City

Johor Darul Ta’zim (JDT) menundukkan The City Boys setelah menang 3-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam semalam.

Pemain paling berharga musim lalu, Arif Aiman Hanapi muncul wira Harimau Selatan apabila meledak hatrik pada babak pertama perlawanan tersebut.

Kemenangan itu menyaksikan Harimau Selatan semakin gah di puncak liga setelah mengutip 43 mata daripada 15 perlawanan, mengekalkan rekod tanpa kalah.

JDT tidak menunggu lama untuk memecahkan kebuntuan setelah Arif Aiman menjaringkan gol pertama menerusi rembatan jarak jauh menewaskan penjaga, Azri Ab. Ghani pada minit ke-12.

Skuad kendalian Miroslav Kuljanac terus dirundum malang apabila pengadil perlawanan, Fitri Maskon menghadiahkan sepakan penalti setelah semakan bantuan video pengadilan (VAR) mendapati bola terkena tangan Brendan Gan.

Arif Aiman menggunakan peluang itu untuk melengkapkan jaringan hatrik dan pemain sayap itu tidak berdepan tugas sukar meletakkan bola ke dalam gawang KL City pada minit ke-42.

Hasrat pasukan tuan rumah untuk menambah jaringan tidak kesampaian setelah tiada pertambahan gol dihasilkan pada babak kedua.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*