{VIDEO} “Lesap RM4,000…” Peniaga durian putih mata dipukau warga asing

“Lesap RM4,000…” Peniaga durian putih mata dipukau warga asing.

Meskipun sudah berada di zaman moden, namun kepercayaan karut ataupun penggunaan ilmu hitam masih lagi berleluasa.

Malah, penggunaan ilmu pukau juga sering kali menjadi kegunaan individu yang ingin mudah mangaut keuntungan.

Baru-baru ini, tular satu video di platform TikTok dimuat naik oleh Deqna yang dikatakan telah terkena ilmu pukau hingga terpaksa menanggung rugi ribuan ringgit.

Penjual durian itu dikatakan hilang RM4,000 selepas didatangi dua warga asing yang mahu menukar duit dengannya.

Kejadian itu sempat dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) oleh kedai runcit berhampiran tempatnya berniaga malah Deqna juga dikatakan telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Rata-rata warganet bersimpati akan nasib peniaga berkenaan.

Dalam pada itu, mereka juga berharap agar peniaga berkenaan diberikan kekuatan berdepan dengan ujian tersebut.

Penjual durian itu dikatakan hilang RM4,000 selepas didatangi dua warga asing yang mahu menukar duit dengannya.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*