SEORANG lelaki warga asing dibelasah orang awam selepas dia disyaki cuba melarikan seorang kanak-kanak tempatan dalam kejadian berhampiran sebuah restoran di Jeniang, Kedah pada pukul 7.30 pagi Ahad.
Menurut saksi, Aliza Bahaudin berkata, sebelum kejadian, bapa mangsa meletakkan anak kecilnya berusia tiga tahun ke dalam raga motosikal sambil dia duduk bersebelahan kenderaan tersebut.
Secara tiba-tiba, seorang lelaki yang dipercayai warga asing menghampiri kanak-kanak itu dan terus mendukungnya untuk dibawa lari.
Aliza mendakwa, suspek turut membawa sebilah pisau dalam cubaan penculikan itu.
Malah seorang saksi lain mendakwa, suspek sempat mengacukan pisau itu ke leher kanak-kanak tersebut.
Meskipun demikian, suspek berjaya ditangkap sebelum dibelasah oleh warga tempatan yang berada berhampiran kawasan berkenaan.
Turut dirakam, aksi beberapa warga tempatan yang menarik rambut pelaku dan menolaknya dengan kuat kerana berasa marah dengan perbuatan warga asing terbabit.
Suspek berjaya dibawa ke balai polis dan kanak-kanak terbabit kini selamat kembali ke pangkuan kedua-dua ibu bapanya.
Setakat ini, masih belum ada kenyataan polis berhubung kes terbabit.
- Turut baca : {VIDEO} Eiii.. pengotornya! Warga asing buat muka tak bersalah selepas ‘berak’ dalam bas
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap ibu bapa mengambil langkah berjaga-jaga dan lebih peka terhadap anak masing-masing.
“Sakit mental ni…nampak semalam merayau tepi jalan,” tulis Khairul Izwan.
“Takutnya.. Selepas ini kena beringatlah.. Jangan tinggal anak, syukur semua selamat,” kata Hidayu Hashim.
“Kita jaga kita… macam-macam jenis orang yang masuk negara ini,” tulis Abuthahir Seyed.
Leave a Reply