{VIDEO} Lelaki OKU, pengiring terselamat insiden lubang jerlus di Jalan Masjid India

Lelaki orang kurang upaya (OKU) penglihatan bersama pengiringnya nyaris menjadi mangsa insiden terjerlus ke dalam tanah mendap di Jalan Masjid India, pagi tadi.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), kedua-dua mereka turut melalui jalan tersebut mendahului mangsa wanita warga India yang hanya berada beberapa langkah di belakang mereka.

Rakaman CCTV berdurasi 31 saat itu bermula dengan lelaki OKU penglihatan bersama pengiringnya melalui jalan itu.

Seterusnya, kelihatan seorang wanita memakai sari warna merah, manakala seorang lagi wanita yang juga mangsa di kedudukan belakang mereka.

Turut baca :

Sebaik tiba berdekatan lokasi tanah mendap, lelaki OKU tersebut bersama pengiringnya dilihat berjalan ke sebelah kiri, manakala mangsa terus berjalan serta terjerlus ke dalam tanah mendap.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang wanita warga India terjerlus ekoran tanah mendap dengan kedalaman lebih kurang 10 meter di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pagi tadi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*