Polis mengesahkan mangsa kejadian kes tembak di hadapan sebuah restoran di Jalan Setia Indah 3/2, Taman Setia Indah di sini tengah hari semalam mati akibat terkena empat das tembakan.
Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.
“Polis Johor menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari berkaitan kes bunuh melibatkan mangsa satu lelaki berbangsa Cina berusia lingkungan 40 tahun.
“Hasil siasatan awal mendapati terdapat empat kesan tembakan pada anggota badan,”katanya.
Kumar berkata, satu pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah ditubuhkan bagi melakukan siasatan secara menyeluruh dan mengenal pasti semua individu terlibat dalam kejadian tersebut.
Baca juga :
- {VIDEO} ‘King’ selamba guna laluan motosikal, akhirnya…
- “Berdegil walau dah diberitahu… Lelaki, suami isteri rentas Sungai Golok guna pangkalan haram didenda RM4,000
- “Tak boleh kak… kita dah scan” – Ibu dua anak menahan malu, air muka jatuh di tangan cashier kedai Eco
Katanya, punca kematian dan motif kejadian masih lagi dalam siasatan dan memohon agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
“Polis Johor turut menasihati masyarakat agar tidak panik selain memberi jaminan insiden yang berlaku merupakan kes terpencil.
“Orang ramai juga dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat berkaitan kejadian dan berhubung terus melalui hotline IPD Johor Bahru Selatan ditalian 07-2182323 atau Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Nor Azizi Indzam ditalian 013-7878771.
View this post on Instagram
Leave a Reply