{VIDEO} Lelaki hanya mampu ‘meraung’ lihat kepala rakan putus dilenyek lori

Lelaki hanya mampu ‘meraung’ lihat kepala rakan putus dilenyek lori

Satu kemalangan ngeri membabitkan dua buah kenderaan lori berlaku di sebuah jalan raya dekat Senawang, Seremban, Negeri Sembilan pada petang Khamis.

Kejadian dipercayai berlaku akibat kecuaian salah seorang pemandu lori yang gagal mengawal kelajuan sehingga merempuh sebuah kenderaan di hadapannya sebelum terbabas ke bahu jalan.

Berdasarkan maklumat awal diterima, seorang pemandu difahamkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas anggota kepalanya terputus dilenyek lori berkenaan.

Insiden tragik itu sempat dirakamkan seorang saksi yang secara kebetulan berada di lokasi terbabit.

Berdasarkan video dimuat naik di laman media itu, tangisan seorang lelaki dipercayai rakan mangsa jelas kedengaran selepas daripada kejadian tersebut.

Dalam pada itu, laluan di kawasan itu dikatakan bertukar sesak akibat kemalangan terbabit dan memaksa orang ramai tampil membantu mengawal pergerakan trafik di situ sementara menanti kehadiran pihak berkuasa.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*