{VIDEO} Lelaki gilis kaki mangsa dengan kereta diberkas

Lelaki gilis kaki mangsa dengan kereta diberkas.  Seorang lelaki berumur 27 tahun ditahan di Taman Emas, Kluang pada pukul 10.10 malam kelmarin.

Pada hari yang sama, suspek dipercayai terlibat kes cuba mendatangkan kecederaan terhadap seorang lelaki di Kluang Baru pada pukul 3.00 petang. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, “siasatan awal mendapati insiden berlaku disebabkan salah faham antara suspek dan mangsa.”

Insiden tersebut sempat dirakam dan kemudian tular di media sosial telah memaparkan mangsa sempat berpaut pada pintu kereta suspek sebelum terjatuh dan mengakibatkan kakinya digilis kereta berkenaan.

Semakan turut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*