{VIDEO} Lelaki diserang ‘sawan’ tertekan pedal minyak, ini terjadi selepas itu

Lelaki diserang ‘sawan’ tertekan pedal minyak, ini terjadi selepas itu

Sejak malam tadi tular akan beberapa video yang memaparkan sebuah kenderaan jenis BMW telah melanggar secara rawak di Lebuh Ayer Keroh, Melaka.

Dalam video yang dimuat naik di TikTok UtusanTV memaparkan kereta berkenaan hilang kawalan dengan merempuh beberapa kenderaan lain berhampirannya.

Memetik laporan Malaysia Gazette, enam orang tercedera termasuk seorang wanita patah hidung dalam nahas melibatkan 10 kenderaan tersebut.

Menurut, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Amran@Mohamad Zaki Omar berkata, dalam kejadian pukul 9.14 malam itu, semua mangsa ketika itu menunggu di simpang empat lampu isyarat Taman Chiptaco berhadapan sebuah pasar raya.

Hasil siasatan awal mendapati ketika sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau, sebuah BMW dipandu lelaki berusia 38 tahun yang turut berhenti tiba-tiba diserang sawan menyebabkan dia tertekan pedal minyak.

“Ia menyebabkan kenderaannya meluncur laju sebelum merempuh beberapa kenderaan lain yang sedang berhenti di hadapannya. Pemandu berkenaan kemudian sekali lagi diserang penyakit itu menyebabkan berlaku rempuhan kedua.

“Ini menjadikan keseluruhan sembilan kenderaan terlibat mencederakan enam pemandu serta penumpang, selain pemandu BMW turut mengalami luka-luka,” katanya.

ambah Amran, sembilan kenderaan lain yang dirempuh adalah dua buah Perodua Myvi, Honda Jazz, Perodua Kenari, Perodua Viva, Perodua Alza, Toyota Corolla Altis, Nissan Frontier dan Proton Persona.

“Nahas mengakibatkan enam mangsa iaitu pemandu dan penumpang berusia antara 20 hingga 73 tahun yang cedera ringan termasuk pemandu Perodua Kenari wanita berusia 20 tahun mengalami patah hidung.

“Kesemua mangsa menerima rawatan di Zon Hijau dan Zon Kuning Hospital Melaka dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*