Pada mulanya ramai yang rasa seram apabila mengetahui pulau yang biasa dilihat ketika menyusuri jambatan Pulau Pinang itu berpenunggu namun kemudiannya lega kerana rupa-rupanya penunggu itu merupakan 7 ekor anjing yang tinggal di situ.
Berdasarkan komen daripada netizen, ramai yang tertanya-tanya selain 7 ekor anjing yang ‘menjaga’ pulau tersebut, apa lagi yang ada di pulau itu dan ramai yang teringin untuk ke pulau tersebut. Jol Kerol kemudiannya menjawab segala persoalan daripada netizen dalam video bahagian kedua.
“Pulau ini cantik, berpasir, berlumpur sikit tapi bukan lumpur yang kotor, lumpur yang bersih. Termasuklah pemandangannya yang cantik,” jelasnya di dalam video tersebut.
@jolzerol Replying to @sha977777777 Merungkai MISTERI Pulau Kazambo Tepi Jambatan Penang Menjawab persoalan apa yang ada di pulau ini. #penang #hiddengems #fypシ ♬ original sound – Jol Zerol 👾
Bukan itu sahaja, pulau tersebut kaya dengan hidupan marin jadi kerajaan negeri berminat untuk jadikan sebagai marine sanctuary. Banyak hidupan laut yang rare boleh ditemui di sini dan ada antaranya boleh dimakan jika ditangkap di laut.
“Ada nelayan cakap, kalau buat masakan goreng kunyit, sambal, kicap sangat sedap tapi saya tidak tahu juga sebab tidak pernah makan,” ujarnya lagi.
Tambahnya, sekiranya mahu pergi melawat pulau itu, tidak ada bot khas yang disediakan. Jadi pengunjung perlu pakai bot sendiri untuk pergi ke sana.
Sementara itu, Jol Kerol turut berpesan jangan buang sampah merata-rata, jaga kebersihan dan jaga alam sekitar jika sesiapa yang berjaya datang ke Pulau Kazambo.
Kini terjawab sudah persoalan tentang ‘misteri’ pulau ini. Tidak ada apa-apa yang menyeramkan dan jika anda ke Pulau Pinang, mungkin pulau ini boleh jadi lokasi menarik untuk anda lawati.
Rata-rata komen dari netizen menunjukkan belas kasihan terhadap anjing yang berada di pulau itu.
“Kalau sapa2 yg pergi blh bawak la makanan ckit bg kt anjing2 tu..ckit2 pn xpa,” @gunnarz_red.
“Harap2 anjing tu diselamatkan dari pulau tu bro. Kesian mereka kelaparan,” @beardguyvin.
“Macam mana nak pi pulau tu? 10tahun ulang alik pi keja. teringin betoi nak jejak pulau tu,” @etiyqamn.
“Dulu pulau ni xda pun.. aku pun perasan pulau ni timbul skit2. skrg dah besar juga pulau ni,” @muhammad zulhair8575.
Leave a Reply