{VIDEO} Lelaki bakar 4 kereta di Bukit Tinggi dicekup polis

Sejumlah empat buah kereta dibakar oleh seorang lelaki di Bukit Tinggi, Klang pada Khamis.

Kejadian tersebut dimaklumkan menerusi Facebook Lee Fu Haw yang turut memuat naik beberapa gambar kereta yang terbakar itu.

“Sekurang-kurangnya empat buah kereta dibakar secara rawak oleh seorang lelaki.

“Jika sesiapa terlihat insiden dan lelaki dipercayai melakukan jenayah tersebut, sila maklumkan kepada pihak polis,” katanya pada Khamis.

Sementara itu, pihak polis Klang Selatan mengesahkan lelaki dipercayai membakar kereta tersebut telah ditangkap dan siasatan sedang dijalankan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*