Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri KPDN telah luangkan masa membuat lawatan mengejut tidak berjadual (tidak memberitahu lebih awal) ke Ibu Pejabat KPDN Negeri Johor yang terletak di tengah-tengah ibu kota Johor Bahru dalam rutin beliau melawat kawasan DUN Simpang Jeram dan Parlimen Pulai.
Di kesempatan itu beliau telah meninjau struktur pejabat dan kakitangan, isu-isu yang sering dihadapi serta perhubungan antara ibu pejabat dan cawangan.
Beliau juga telah melawat ruang kerja pegawai dan beramah mesra dengan mereka yang hadir di pejabat.
Dalam masa yang sama juga beliau juga melawat Pusat Kawalan Penguatkuasaan Negeri dan meneliti bagaimana aduan yang diterima samada melalui telefon, WhatsApp mahupun aplikasi mobil ez-Adu disalurkan ke cawangan-cawangan untuk tindakan segera.
Katanya lagi, beliau akan terus melakukan lawatan mengejut tidak berjadual sebegini dari masa ke semasa tanpa diiringi gerombolan besar pegawai kanan dan pegawai penguatkuasa KPDN.
Leave a Reply