SEORANG pemandu wanita dipercayai mabuk dikecam orang ramai selepas didakwa melanggar sebuah kereta di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Insiden tercetus apabila wanita berkenaan dikatakan hilang kawalan dan merempuh sebuah kereta dan motosikal di bahu jalan.
Namun, dia yang dikatakan mabuk ketika kejadian enggan mengaku salah dan mencetuskan kekecohan ramai.
Satu video tular berdurasi 2 minit 43 saat memaparkan individu berkenaan dikerumuni beberapa penunggang motosikal yang berada di lokasi kejadian.
Ramai-ramai dekat situ, lastly anne tu jugak yang membantu.
apa kes ni ? 🤔 pic.twitter.com/xyjd2nGM5E
— ًِ (@bckupacc99) June 2, 2024
Turut mendakwa telefon pintarnya dicuri, situasi bertambah riuh apabila peranti tersebut kemudiannya ditemui di dalam beg galasnya.
Warganet di ruangan komen menggesa agar pihak polis tampil menjalankan siasatan berhubung hal itu.
“Kalau betul dia mabuk, memang sepatutnya diambil tindakan polis, laporkan je terus tak payah buat kecoh,” kata AmirHariz.
“Perempuan itu memang mabuk kalau tengok pada gayanya, mat trempit yang kecoh dekat situ tak selesaikan masalah pun, perempuan tu tak dibantu memang la takut, baik telefon polis,” ujar HarithYa.
Pada masa sama, netizen turut mempertikaikan tindakan orang ramai yang mengerumuni dan seolah-olah ‘membuli’ wanita terbabit.
Malah, ada yang cuba mencetuskan provokasi selain menyentuh dan menolak wanita terbabit, selain merakamkan tindakannya beramai-ramai.
“Jahatnya semua lelaki tu, dah la perempuan seorang diri, sekurang-kurangnya telefon la polis ke apa dapatkan bantuan bukannya buat provokasi,” kata Azira.
“Kalau betul ada berlanggar terus lapor polis, biar selesai di balai jangan lepaskan kes macam ni sebab banyak sangat berlaku dah,” tambah VerickJas.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai berhampiran untuk membuat laporan lanjut.
Turut baca :
Leave a Reply