TULAR satu video memaparkan tindakan dua lelaki memecahkan cermin kereta di sebuah kawasan perumahan baru-baru ini.
Menerusi video dimuat naik di X @update11111 pada Rabu, kelihatan seorang lelaki warga emas dan seorang lagi yang berbaju seperti pekerja p-hailing memukul pintu dan cermin kereta dengan menggunakan kayu berkali-kali.
Tindakan itu dipercayai dilakukan ketika pihak penarik kereta berdaftar tiba di rumah tersebut.
Lagi kes tarik kereta ke ni? pic.twitter.com/OCaUcKMP8n
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) October 23, 2024
“Baru tahu, isunya kereta sambung bayar. Dah bayar dekat pemiliknya tapi tak bayar dekat bank,” tulis @RosmanUrut.
Difahamkan, pemilik baharu kereta tersebut berkemungkinan ditipu oleh pemilik asalnya selepas membuat pembelian.
“Ni mungkin kes nak ambik pinjaman, tetapi tak lepas dengan bank.Terpaksa guna cara sambung bayar, tapi kena scam pulak dengan pemilik lama,” komen @GeloraNilam.
Ia merupakan kejadian kedua selepas seorang wanita turut bertindak memecahkan cermin kereta selepas keretanya ditarik sebelum tular baru-baru ini.
Sebelum ini, seorang wanita bertindak di luar kawalan dengan memecahkan cermin dan merosakkan kereta miliknya ketika mahu diambil oleh penarik kenderaan berdaftar.
Polis bagaimanapun mendapati bahawa tiga lelaki tempatan yang menaiki lori tunda bertindak menceroboh masuk ke dalam kawasan parkir rumah dengan cara mengangkat pintu pagar untuk menarik kereta milik pengadu.
Siasatan awal juga mendapati kereta tersebut tertunggak bayaran bulanan lebih kurang enam bulan.
Turut baca :
Leave a Reply