{VIDEO} ‘Kurangkan sikit makan telur’, nasihat panas Pengarah KPDNHEP buat warganet ‘naik angin’

‘Kurangkan sikit makan telur’, nasihat panas Pengarah KPDNHEP buat warganet ‘naik angin’.

Bukan sekadar menyindir, warganet bahkan melenting susulan ‘nasihat bernas’ Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar berhubung kenaikan harga telur di pasaran.

“Kalau boleh kita sebagai pengguna kan, kalau dah tahu kenaikan harga telur itu tinggi, kalau boleh kita kurangkan sikit makan telur.

“Kalau seminggu kita makan lebih kurang 20 biji, kita kurangkan jadi 10 atau 15 biji. Tiada masalah. Itu adalah cara gaya hidup kita,” katanya kepada media semalam.

Dalam masa sama, Norena juga berharap supaya rakyat memahami situasi peningkatan harga barang disebabkan inflasi di pelbagai peringkat di seluruh negara ketika ini.

“Basically, kerajaan memutuskan bagi lagi subsidi ayam, dan pelbagai subsidi lain supaya kita tidak terbeban.

“Kita mohon sangat rakyat especially rakyat Melaka kita sekarang dalam kadar inflasi yang tinggi. Bukan Malaysia saja eh yang hadapi tekanan harga barang naik bahkan satu dunia.

Susulan itu, rata-rata warganet menyelar Norena termasuk dia sebagai pegawai kanan kerajaan tentunya tidak terkesan dengan impak kenaikan banyak kos barangan keperluan yang keterlaluan pada masa ini.

“Rakyat beli telur sebab itu yang paling murah untuk dimakan. Amboi, tuan pengarah dah jadi ahli politik, pulak,” kata netizen.

Terdapat juga warganet yang meninggalkan komentar, “Lebih baik kau (Norena) syorkan rakyat berpuasa saja. Berbuka dengan zikir saja…”

Bagi Rayhim Ruzairy pula menulis, “Biar nampak bengong asalkan gaji dia tetap masuk setiap bulan. Ada dia ambil kisah..”

Turut baca

Bahkan, seruannya supaya kurangkan makan telur ayam turut dipersoal oleh golongan peniaga kecil.

“Tak boleh (kurangkan telur ayam). Saya peniaga kecil. Menu saya setiap kali masak mesti guna telur. Macam mana tu?” soal Affendy Chiew Abdullah.

Tidak kurang juga yang menganggap kenyataan Norena seperti kanak-kanak malah alang-alang begitu, cakap saja rakyat tidak lagi harus menyentuh telur ayam.

“Budak-budak pun boleh cakap begitu. Kenapa tak cakap berhenti makan telur. Lagi jimat,” perli Aziz Zaini.

Sehubungan itu, ramai mengingatkan supaya pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) menolak saja Barisan Nasional (BN) yang sudah disamakan dengan ‘Barang Naik’.

“Ingat zaman BN ingat Barang Naik. Ingat #PRU15, ingat untuk tolak BN dan seangkatan dengannya,” seru Zamuri Mat Asnguri.

Untuk rekod, kerajaan pada 29 Jun lalu menetapkan harga siling runcit telur ayam bagi gred A pada 45 sen/biji; gred B (43 sen/biji) dan gred C (41 sen/biji).

Baca juga ‘Hadiah’ 1 Julai? Nasi lemak ‘seciput’ ikan tongkol, suku telur cecah RM8.50

Baca juga Lelaki sebak disambut orang ramai sebaik tiba di Mekah, jalan kaki 10 bulan untuk tunaikan haji

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*