{VIDEO} Kuala Lumpur dilanda banjir kilat

Cuaca buruk yang melanda Kuala Lumpur sejak pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan ditenggelami air akibat hujan lebat berterusan.

Menerusi beberapa video tular di media sosial, banjir kilat dilaporkan di Jalan Parlimen menuju ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sehingga kenderaan tidak dapat bergerak.

Selain itu, kawasan lain di sekitar bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhampiran Bank Rakyat juga turut dinaiki air sehingga menyebabkan trafik sesak.

Sementara itu, di kawasan Kampung Segambut Dalam, kawasan perumahan juga dinaiki air sehingga menenggelamkan beberapa kenderaan.

Di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Melati juga, trafik dilaporkan sesak akibat jalan raya yang dinaiki banjir kilat sejak pagi tadi.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*