{VIDEO} Kronologi kejadian : Trak ‘disondol’ lori kontena, tiga anggota tentera maut di Gurun

Tiga anggota tentera dilaporkan maut selepas trak yang dinaiki terlibat dalam satu kemalangan melibatkan sebuah lori kontena di Kilometer (KM) 77 Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Gurun, Kedah, pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali berkata, ketiga-ketiga anggota tentera yang maut berusia antara lingkungan 30 hingga 40-an.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan terbabit pada pukul 10.22 pagi.

“Sepasukan anggota BBP Guar Chempedak diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Awa Suziana Abd Wahid bersama 10 anggota dan bantuan enam anggota dari BBP Pendang tiba di lokasi.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan melalui MERS 999 memaklumkan terdapat kemalangan jalan raya di kawasan tersebut.

“PGO mengarahkan sebuah jentera, EMRS BBP Guar Chempedak dan sebuah jentera dari BBP Pendang ke lokasi kejadian.

{VIDEO} Kronologi kejadian : Trak 'disondol' lori kontena, tiga anggota tentera maut di Gurun {VIDEO} Kronologi kejadian : Trak 'disondol' lori kontena, tiga anggota tentera maut di Gurun {VIDEO} Kronologi kejadian : Trak 'disondol' lori kontena, tiga anggota tentera maut di Gurun {VIDEO} Kronologi kejadian : Trak 'disondol' lori kontena, tiga anggota tentera maut di Gurun

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melaporkan setibanya di lokasi, terdapat empat kenderaan terbabit dalam kemalangan di lokasi yang membabitkan tiga trak tentera lima tan dan sebuah lori Isuzu,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, kemalangan turut menyebabkan seorang pemandu lori Isuzu mengalami kecederaan di kepala dan badan sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk rawatan lanjut.

Jelasnya, tiga lagi mangsa iaitu anggota tentera meninggal dunia di tempat kejadian selepas disahkan pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Operasi mengeluarkan mangsa telah selesai dan kerja-kerja pembersihan sisa-sisa kemalangan sedang dilakukan.

“Kes diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Kronologi kejadian :

1. 3 x 3 Ton dari 3 Rejimen Sempadan ke Markas 30 Briged tujuan untuk mengambil anggota menjalani Eksesais CPX, bergerak secara konvoi pada 02 0721H Nov 24. Pergerakkan konvoi mengikut kadar kelajuan 70 km/j dan jarak di antara kenderaan lebih kurang 50 meter.

2. Pada jam lebih kurang 1030H, kenderaan 1 x 3 Ton telah mengalami kerosakan dan telah berhenti di sebelah haluan kiri        lebuhraya.

3. 1 x Trailer telah merempuh kenderaan tentera yang berada di sebelah kiri laluan lebuhraya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*