Seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial selepas mendapati harga empat jenis lauk dan sayur yang dibelinya di sebuah restoran mencecah RM91, sekali gus mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.
Menerusi hantaran di TikTok oleh @afifah.ml, wanita itu berkongsi makanan yang dibelinya, termasuk tiga ketul ayam goreng, terung balado, satu kilogram daging dendeng, tiga senduk siput sedut masak lemak cili api, dan tiga ketul rendang ayam.
Hantaran itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial, yang kebanyakannya bersetuju dengan harga tersebut memandangkan kuantiti lauk yang diambil wanita itu agak banyak.
Baca juga :
- {VIDEO} Reaksi sebak tok siak terima telefon baharu dari jemaah meruntun hati netizen
- Kecoh rakam penyanyi wanita tidak berpakaian di rumah urut, ini ‘komen’ Exco Selangor
- {VIDEO} 20 kenderaan terperangkap banjir kilat di Putrajaya
“Sangat sangat logik. Daging sekarang, sekilo dah RM40. Itu belum dimasak lagi. Dah masak, dah berapa harganya. Itu belum lagi lauk-lauk yang lain tu. Siput pun memang mahal lah,” komen Yan.
“Jujur nak bagitahu daging dendeng memang mahal. Padankan pula dengan siput sedut, memang mahal,” kata Puteri Nur Syamimi Nadia.
“Baru tengok daging dan siput sedut, dah tahu jawapan dia logik,” ujar Farahanim Ab Ghafar.
Leave a Reply