Umum tahu bahawa membuang sampah merata-rata tentunya akan memberi pencemaran yang buruk di tempat tersebut. Bukan itu sahaja, malah banjir kilat juga boleh berlaku disebabkan sikap membuang sampah merata-rata.
Namun, masih ada lagi yang tidak sedar malah tetap memuaskan hati dengan membuang sampah merata-rata.
Seperti video yang dimuat naik oleh Malaysian Update ini memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dilihat beberapa kali membuang sampah melalui tingkap kenderaannya.
Tanpa rasa bersalah, sampah yang dibuang oleh penumpang kereta berkenaan dilihat beberapa kali bertaburan di tengah jalan.
Rata-rata warganet mengecam akan tindakan penumpang kenderaan berkenaan. Malah, mereka juga tidak menyangka sikap seperti itu masih lagi diamalkan ketika ini.
Leave a Reply