Seorang pemandu kereta Perodua Myvi dengan selamba menggunakan laluan khas motosikal sewaktu melalui Lebuh Raya Shah Alam – Klang, dalam kejadian berlaku semalam.
Rakaman video perbuatan pemandu tersebut dimuat naik seorang penunggang motosikal pada akaun TikTok awinkrapkrap yang memperlihatkan kereta Perodua Myvi itu melalui jalan tersebut dan biarpun terdapat simpang keluar, dia tetap meneruskan perjalanan, namun akhirnya berjaya ditahan oleh kakitangan lebuh raya.
“Dia masuk dari Bukit Jalil. Ada mungkin elak bayar tol? Aku ikut je kau. Abang motor (pengguna lain) tu senyum je. Ada ‘exit’ (keluar) di depan. Oh tak keluar, hah masuk terowong tu.
“Lepas ke tak kau? Boleh tu, rasanya bukan pertama kali kau buat ni. Yakin betul kamu ni. Maju-maju, cuba tinggalkan aku ke. Perlahannya ‘kapcai’ aku, bukan main laju kau tinggalkan aku.
“Hah staf Kesas sampai tu. Macam nak tahan dia tu. ‘Layan’ sampai ‘exit’ Klang Lama. Tahan jangan bagi dia terlepas, staf kesas tahan ‘king’ (Myvi),” katanya pada kapsyen video.
Baca juga :
- Pasangan kekasih ambil jalan pintas jadi kaya undang padah
- “Berdegil walau dah diberitahu… Lelaki, suami isteri rentas Sungai Golok guna pangkalan haram didenda RM4,000
- Abai anak asuhan hingga mati lemas, dua guru tadika tidak mengaku bersalah
Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas, selain ada yang mengandaikan pemandu tersebut berkemungkinan tersilap lorong dan tidak menyedari pada hari kejadian dia menaiki kereta dan bukannya menunggang motosikal.
“Berapa ‘exit’ dia lepas dah tu, kalau betul salah masuk, lorong keluar pertama dia dah keluar dah,” kata pengguna media sosial.
“Sejujur aku pernah lupa yang aku bawa kereta tau, selalu bawa motosikal. Sekali aku bawa kereta, pergi ‘parking’ motosikal dan baru perasan kenapa besar sangat motor ni,” komen pengguna TikTok.
“Aku pun nyaris nak masuk lorong motosikal kat tol. Dah ambil lorong paling kiri, tersedar daripada lamunan,” kata individu lain.
Leave a Reply