{VIDEO} “Ketaq satu badan…” Gajah serang pengguna jalan raya sampai kemek kereta

Sedang orang ramai berpusu-pusu untuk balik ke kampung halaman bagi merayakan Hari Raya Aidiladha, viral di media sosial TikTok beberapa hantaran video yang memaparkan detik-detik cemas di sekitar jalan Gerik-Jeli.

Menerusi video tersebut, seekor gajah dilihat bekeliaran dan menghampiri kenderaan pengguna jalan raya.

Difahamkan, gajah itu menjadi berang selepas sebuah kenderaan jenis Perodua Viva memecut laju untuk menyelamatkan diri daripada haiwan liar itu.

Gara-gara terkejut dengan tindakan pemandu Viva itu, gajah itu kemudiannya meluru ke arah kenderaan lain yang berada di belakang Viva tersebut.

Mujur, haiwan liar itu tidak bertindak buas selain hanya mengangkat kaki dan belalai pada kenderaan lain sebelum masuk ke arah hutan semula.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah mendoakan keselamatan pengguna jalan raya di musim perayaan ini.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*