{VIDEO} Kereta Ini ‘bernasib baik’ tidak dihempap pokok tumbang

Tular sebuah rakaman di laman X, apabila sebuah kereta ‘bernasib baik’ daripada dihempap sebuah pokok tumbang

Insiden yang berlaku di Georgetown, Pulau Pinang itu telah mengakibatkan sebuah Perodua Myvi rosak teruk dihempap pokok berkenaan.

Namun, mujur saja semasa itu tiada pemandu di dalam kereta tersebut. Empat kereta lain turut mengalami kerosakan dalam kejadian itu.

Menerusi laporan, Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal, Nazril Hisyam Napiah berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.01 pagi mengenai pokok tumbang.

Tiada sebarang kecederaan berlaku

Menerusi video yang dikongsikan di laman X, rakaman CCTV menunjukkan kejadian semasa berlakunya pokok tumbang.

Sebuah kereta ‘bernasib baik’ kerana dia sempat memberhentikan kenderaannya selepas melihat pokok tersebut tumbang dihadapannya.

Difahamkan, tiada kecederaan berlaku kepada pemandu tersebut.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*