{VIDEO} “Kenapa jijik sangat…” Tak sempat baca doa, aksi dua lelaki bercumbu lepas solat undang kecaman

Perbuatan tidak bermoral dua orang lelaki di dalam masjid berjaya ‘dirakam’ oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang diletakkan menghala ke ruangan solat bahagian jemaah.

Menerusi video yang dimuat naik oleh portal Xtra, kelihatan seorang lelaki berbaju putih beberapa kali mencium belakang badan serta leher rakannya yang didapati ketika itu sedang duduk tahiyyat akhir.

Usai memberi salam tahiyyat akhir, lelaki tadi kemudian bertindak lebih agresif apabila dia dengan beraninya menyentuh kemaluan rakannya selain mencium bibir di ruangan berkenaan tanpa rasa segan.

Dalam rakaman tersebut, rakannya dilihat ada cuba menolak kemahuan lelaki tersebut yang ingin menciumnya sekali lagi dan kelakuan mereka hampir sahaja ‘ditangkap’ oleh seorang jemaah lelaki yang kebetulan lalu di situ.

Meskipun mereka beranggapan terselamat, namun siapa sangka rakaman CCTV di dalam masjid telahpun tular dan menerima respon negatif dalam kalangan wargamaya.

Sementara itu, sumber memaklumkan kejadian berlaku di surau Pekan Banting.

Jika benar kejadian berlaku di dalam Malaysia, ramai berharap agar kedua-dua lelaki itu menerima tindakan sewajarnya.

Turut baca :

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*