{VIDEO} ‘Kemalangan ngeri…” Lelaki hilang anak, isteri parah angkara lori terlebih muatan

Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbalik selepas terlibat kemalangan di Gerik baru-baru ini.

Lebih menyedihkan, nahas itu meragut nyawa bayi sulung mereka dalam kandungan yang berusia 34 minggu. Mangsa wanita pula cedera parah.

Menerusi kumpulan Facebook Dashcam Owners Malaysia, seorang lelaki yang juga pemandu kereta meluahkan rasa berang dengan tindakan cuai pemandu lori yang menjadi punca kepada insiden kemalangan tersebut.

Difahamkan, beberapa kenderaan lain turut terlibat dalam kemalangan itu dengan muatan lori tersebut terjatuh ke atas jalan raya.

“Saya bersama isteri mengalu-alukan bayi kami ke dunia ini, disebabkan kejadian ini kamu (pemandu lori) telah membawa bayi kami ‘pergi’.

“Kejadian ini boleh dielakkan, tetapi disebabkan kecuaian pemandunya dan pihak syarikat terlibat menyebabkan kejadian ini berlaku.

“Saya tidak akan memaafkan kamu semua. Setakat ini, tiada sesiapa dari pihak syarikat kamu dan pihak syarikat pengangkutan menghubungi untuk meminta maaf atau bertanya khabar,” luahnya.

Menurut lelaki itu, dia berharap pihak syarikat pengendali tampil menjelaskan segala persoalan dan tanda tanya kerana masih terkejut dengan insiden malang tersebut.

“Saya harap pihak syarikat logistik boleh memberikan penjelasan kenapa menggunakan ‘truck’ untuk membawa muatan ini dan ia melebihi paras ketinggian selamat.

“Disebabkan kemalangan ini, rahim isteri saya pecah, tulang belakangnya terbelah, tiga tulang rusuk patah, otak dan hatinya cedera, semua ini boleh membawa banyak kelanjutan.

“Ini anak pertama kami, kenapa kamu semua begitu kejam ‘rampas’ dia daripada kami?” soalnya.

Menurutnya lagi, lori tersebut dipandu melebihi had laju dibenarkan selain membawa muatan secara bertindih dan melebihi had.

Lebih menambah kemarahannya, pemandu lori tersebut bertindak melarikan diri dari tempat kejadian namun, berjaya ditahan pihak polis semasa operasi sekatan jalan raya sekitar Jeli, Kelantan.

“Saya harap pemandu lori tersebut dapat balasan dan tindakan undang-undang yang sewajarnya,” kongsinya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*