Keluarga kesal, pemuda koma lepas bergelut dengan polis narkotik ketika isi minyak akhirnya meninggal dunia
Seorang lelaki meluahkan rasa kesalnya dan mendakwa sekumpulan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi telah mengasari salah seorang ahli keluarganya hingga maut baru-baru ini.
Difahamkan, kejadian itu berlaku pada Isnin lalu di sebuah stesen minyak Ayer Hangat dekat Langkawi, Kedah.
Putera Aizo melalui Facebook miliknya pada Sabtu turut mendakwa mangsa yang dikenali Mohd Hafiz Salleh meninggal dunia pada Khamis lalu selepas dua hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.
Menceritakan kronologi kejadian, Putera Aizo mendakwa, tragedi yang meragut nyawa Mohd Hafiz berlaku pada 29 Januari lalu.
“Serbuan dilakukan oleh sepasukan polis dari Jabatan Narkotik Langkawi ke atas orang awam yang datang untuk mengisi minyak kenderaan.
“Selepas beberapa minit berlaku pergelutan diantara mangsa dan pihak polis, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan bahagian lain sehingga terpaksa dimasukkan ke ICU kerana koma.
“Selepas dua hari bertarung nyawa di hospital akhirnya pada 1 Februari (Khamis) mangsa menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mangsa di kebumikan di kampung halamannya di Kampung Ewa Langkawi. Al-fatihah,” tulisnya.
Turut baca :
- “Apa ada hal…saya pun polis…” Laporkan kalau saya buat salah – Razarudin
- “Dikejar tak dapat, dikendung keciciran…” Ahli perniagaan mahu untung RM2 juta, tetapi lesap hampir RM700,000
- “Sudahlah gaji suami tak cukup…” Dibuang kerja ketika hamil 12 minggu, wanita buka cerita sedih…
Individu tersebut turut berkongsi dua video memaparkan mangsa dipukul oleh sekumpulan lelaki yang didakwa pihak polis.
Katanya, pada waktu kejadian, Mohd Hafiz sedang mengisi minyak motosikal sebelum didatangi beberapa individu sebelum mereka memukulnya sehingga mengalami kecederaan.
Dalam video berkenaan, kelihatan mangsa ditendang dan digari oleh sekumpulan lelaki pada waktu kejadian.
Rakaman itu turut tular di platform media sosial sejak Sabtu dan rata-rata warga maya turut bersimpati dengan ahli keluarga mangsa.
Leave a Reply