{VIDEO} “Kongsi rezeki…” Bawa orang kampung naik helikopter, jutawan Terengganu dipuji tak lupa diri

“Kongsi rezeki…” Bawa orang kampung naik helikopter, jutawan Terengganu dipuji tak lupa diri.  Ketinggian budi seorang insan bergelar jutawan dari Terengganu ini benar-benar membuatkan ramai terinspirasi dengannya.

Bagi yang mengenali Tuan Mohamad Azlan Al-Amin pasti tahu akan kisahnya yang pernah menjadi pengutip sampah sehingga akhirnya dia berjaya mengubah nasib hidupnya dan keluarga.

Bagaimanapun, apa yang membuatkan ramai mengaguminya bilamana melihat beliau tetap merendah diri dan tidak lupa asal usulnya.

Hal itu mungkin dapat dilihat menerusi perkongsian sr95insanbiasa di laman Tiktok.

Dalam video tersebut, kelihatan orang kampung sedang berkumpul di kawasan lapang menunggu giliran untuk menaiki helikopter.

Turut ada bersama mereka adalah Tuan Azlan yang juga merupakan pemilik pengangkutan udara itu.

Masing-masing nampak teruja dapat merasai pengalaman berharga itu, tambahan pula ‘moment’ tersebut merupakan satu peluang yang mungkin sukar diperoleh di mana-mana.

Ramai memuji cara Tuan Azlan menyantuni penduduk kampung.

Bukan itu sahaja, mereka juga mendoakan agar beliau dimurahkan rezeki selain berharap agar kebaikan sentiasa mengiiringi kehidupannya selepas ini.

Turut baca

{VIDEO} "Kongsi rezeki..." Bawa orang kampung naik helikopter, jutawan Terengganu dipuji tak lupa diri

{VIDEO} "Kongsi rezeki..." Bawa orang kampung naik helikopter, jutawan Terengganu dipuji tak lupa diri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*