Sebuah video yang memaparkan seorang lelaki warga emas menangis selepas menerima suntikan menarik perhatian ramai sehingga menjadi tular di media sosial.
Video berdurasi 32 saat yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, @Rosmahbaharomshop menunjukkan lelaki tersebut kelihatan gugup sebelum menerima suntikan.
Lelaki itu dilihat duduk dengan seorang jururawat yang bersedia untuk memberikannya suntikan, namun selepas dicucuk lelaki tersebut mula menangis.
Turut baca :
- {VIDEO} Harga nasi lemak di Terengganu cecah RM410 undang perbualan netizen
- Mayat lelaki ditemui dalam kolam takungan air bersebelahan Lebuh Raya Utara-Selatan
- Kereta dirempuh penjenayah, polis lepaskan tujuh das tembakan
Rata-rata pengguna media sosial berkongsi pengalaman mereka dengan ada yang meluahkan simpati dan terhibur dengan gelagat itu.
“Saya selaku jururawat pun takut jarum apabila orang lain nak cucuk saya, tapi masa saya nak cucuk orang lain, entah ke mana rasa takutnya tu,” kata Vicky Dinesh Visha.
“Macam suami saya, badan besar tapi takut jarum. Ramai geng takut jarum rupanya,” kata Ayda Rashid.
Leave a Reply