{VIDEO} “Kasih seorang ayah…” Bapa gagal tahan sebak di majlis pernikahan anak

“Kasih seorang ayah…” Bapa gagal tahan sebak di majlis pernikahan anak.  Dijaga dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang, itulah pengorbanan seorang bapa yang dilakukan terhadap anak-anaknya.

Lebih-lebih lagi menjaga anak perempuan yang pastinya teramat istimewa di hati seorang bapa.

Itulah yang dikongsikan oleh jurugambar, Fitrin Rusleen, di TikTok yang memaparkan seorang bapa tidak dapat menahan sebak ketika membaca lafaz wali di majlis pernikahan anak perempuannya.

Dalam video tersebut, dapat dilihat bapanya yang sedang duduk di hadapan jurunikah hanya menuduk dan mengesat air mata yang tidak henti mengalir.

Memahami akan perasaan si bapa, jurunikah serta ahli keluarga terpaksa memujuk si bapa agar bertenang serta kuat melawan rasa sebak itu.

Tidak hanya bapa sahaja, namun pengantin perempuan juga dilihat mengalirkan air mata ketika duduk di atas pelamin sehingga bapanya berjaya membaca lafaz sehingga habis.

Rata-rata warganet turut sebak melihat meomen tersebut. Malah, mereka juga berharap agar suami kepada anak bapa berkenaan mampu menjaganya dengan baik.

"Kasih seorang ayah..." Bapa gagal tahan sebak di majlis pernikahan anak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*