Kantoi !!! Seronok ‘teguk’ arak dalam pusat hiburan, lebih kurang 200 individu ditahan. Tular sebuah video menyaksikan sebuah pusat hiburan di Pulau Pinang diserbu secara mengejut oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).
Hasil pemeriksaan ke atas pengunjung, seramai lebih kurang 200 individu beragama Islam didapati meminum arak.
Menurut laporan, mereka berusia antara 20 hingga 45 tahun telahpun ditahan ketika serbuan dilakukan oleh pihak JHEAIPP pada sekitar jam 1.30 pagi.
Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP, Mohd Azizon Noordin berkata, fokus operasi kali ini membabitkan kesalahan mengikut Seksyen 19 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 iaitu minum minuman memabukkan.
“Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”
“Kesemua yang ditahan dibawa ke IPD Timur Laut bagi ujian saringan.”
“Kesemua yang ditahan juga diberikan kaunseling,” – Azizon Nordin.
Leave a Reply