{VIDEO} Kakak leka membeli-belah tak sedar adik 3 tahun jatuh motor sebelum digilis lori

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dibiarkan duduk berseorangan di atas motosikal maut selepas digilis lori apabila kenderaan dinaikinya itu berundur sendiri secara tiba-tiba sebelum terjatuh di tengah-tengah jalan.

Kejadian yang berlaku di Kecamatan Manggala, Kota Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia pada Sabtu itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) milik kedai berdekatan lokasi kemalangan.

Ketika kejadian, mangsa yang dikenali dengan nama Nur Afifah ditinggalkan di atas motor oleh kakaknya yang berusia 20 tahun di hadapan kedai terbabit.

Remaja perempuan itu dikatakan mahu membeli barang sebentar di kedai berkenaan dan bertindak meninggalkan kanak-kanak malang berkenaan tanpa pengawasan.

“Kelihatan motosikal yang dinaiki mangsa terundur ke belakang kerana kawasan parkir yang tidak rata.

“Kemudian dia terjatuh dengan motosikalnya terlingkup ke atas jalan dan pada masa sama sebuah lori lalu. Mangsa terkena tayar belakang lori berkenaan,” kata Ketua Polis Manggala, Kompol H Syamsuardi dalam satu kenyataan.

Mangsa dikejarkan ke Pusat Kesihatan Perumahan Negara Antang, namun disahkan meninggal dunia.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan perut. Mangsa menghembuskan nafas terakhir sebelum sempat tiba di pusat rawatan.

Sementara itu, polis turut menahan pemandu lori dan kakak mangsa untuk membantu siasatan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*