{VIDEO} Jiwa kacau! Tak tenang, gelisah dengar suara orang mengaji, pemuda cuba tikam imam masjid

SEORANG lelaki berjaya ditahan polis selepas cuba menikam imam ketika mengaji di sebuah masjid di Kramati Jati, Jakarta Timur, Indonesia pada Jumaat.

Ketua Polis Kramati Jati, Kompol Rusit Malaka berkata, suspek yang berusia 26 tahun itu bertindak di luar kawalan kerana berasa gelisah ketika mendengar suara imam tersebut.

“Suspek mengaku berniat mencederakan mangsa dengan alasan bahawa tidak tenang dan gelisah ketika mendengar suara imam ketika solat dan mengaji.

“Kejadian berlaku apabila mangsa yang juga merupakan guru mengaji berusia 26 tahun pergi ke masjid untuk menunaikan solat Isyak.

“Ketika itu, suspek membawa sebilah pisau dari rumahnya masuk ke dalam masjid berkenaan,” katanya pada Sabtu.

 

Pada masa sama, suspek juga dilaporkan menyangkut pisau itu di pinggang sebelah kiri dan terus menuju ke dalam masjid mencari imam berkenaan.

Turut baca :

“Suspek berjumpa dengan mangsa sambil berkata ‘kamu yang jadi imam?’ sambil disahkan oleh mangsa.

“Kemudian, dia terus mengeluarkan pisau yang disimpannya dan diacukan kepada mangsa,” katanya lagi.

Namun, mangsa sempat menjerit meminta tolong sebelum ditenangkan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Menurut ahli keluarga suspek, dia sering berdiam diri dan termenung malah beberapa kali mengadu bahawa sering mendengar bisikan suara sekelilingnya.

Bagaimanapun, pihak polis dilaporkan masih menjalankan siasatan berhubung kejadian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*