Tular seorang pekerja hanya mengenakan seluar dalam ketika di sebuah kedai nasi kandar terkenal yang terletak di Pantai Johor, Alor Setar, Kedah.
Rakaman yang mula tular sejak Selasa itu menunjukkan, pelaku tiba-tiba dia terkejut sebaik menyedari aksinya separuh bogel dirakam oleh salah orang pelanggan di restoran itu.
Pada ketika itu, lelaki terbabit dilihat duduk di lantai sambil menghalakan badannya ke arah peralatan memasak seolah-olah sedang menyiapkan hidangan buat pelanggan.
Berdasarkan rakaman, peniaga itu cuba menutup tingkah lakunya daripada diketahui dengan menyembunyikan separuh badan di tepi pintu dapur restoran terbabit.
Namun, lelaki yang merakam aksinya mengetawakan pekerja terbabit dan meluahkan kata-kata kesal.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa peniaga perlu lebih mementingkan aspek kebersihan, selain menjaga adab dan tatasusila.
Pada masa sama, ada juga netizen yang khuatir tindakan selamba pekerja terbabit akan menyebabkan pelanggan khususnya wanita dan kanak-kanak berasa tidak selamat untuk mengunjungi kedai nasi kandar terkenal itu.
“Aish, pakai seluar dalam sahaja, jijiknya nak makan,” kata Ara Auni.
“Kantoi! Mana mahu menyorok itu,” kata Vlaslaf.
Belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa mahupun pengurusan nasi kandar tersebut setakat ini.
Leave a Reply