“Jenis pentingkan diri…” Petugas turun ambulans, ‘ajar’ pemandu biadap. Setiap orang mempunyai urusan masing-masing yang memerlukan mereka bergerak dengan pantas.
Namun, semua sedia tahu bahawa keadaan lebuhraya juga selalu tidak memberi kerjasama membuatkan kita jadi hilang sabar.
Disebabkan itu, mereka juga nekad melakukan apa sahaja asalkan sampai ke destinasi, termasuklah cuba menggunakan laluan kecemasan, ataupun mengikut rapat belakang ambulans sepertimana yang dilakukan pemandu Perodua jenis Bezza ini.
Terbaik abang tu terus tangkap gambar. @PDRMsia @PDRMsia_Trafik @JPJ_Malaysia pic.twitter.com/cH4QAzetxP
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) August 22, 2022
Dalam paparan yang dimuat naik di Twitter, kelihatan gelagat pemandu tersebut mengikut rapat belakang ambulans yang sedang bergerak laju membelah kesesakan lebuhraya.
Turut baca :
- {VIDEO} “Puas hati tengok…” Cubaan lari ‘roadblock’ makan diri , lelaki ‘teruk’ dipijak depan polis
- {VIDEO} “Semakin mengarut…” Ramai kecewa lihat baju tradisional jadi mainan
- {VIDEO} “Ramai masih tak sedar…” Netizen anggap ‘letupan’ di KL Fashion Show teguran dariNYA
Mengenangkan tindakan berkenaan adalah salah, ambulans itu kemudiannya berhenti di tengah lebuhraya dan tidak lama kemudian muncul salah seorang petugas mengambil gambar pemandu tadi.
Cukup dengan itu, pemandu Bezza tersebut terus memperlahankan kenderaannya untuk masuk ke laluan yang betul sepertimana yang dilakukan oleh kenderaan lain.
Leave a Reply