{VIDEO} “Jarang jumpa pak polis baik begini… Sikap anggota santun warga asing ditepi jalan dapat pujian ramai

Sikap berbudi bahasa seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyantuni warga Indonesia ketika menahannya di tepi jalan bukan sahaja menerima pujian penduduk Malaysia malah rakyat Indonesia juga.

Menerusi video dimuat naik oleh @mpv_shah di akaun TikTok, pada mulanya dia menahan kenderaan itu yang dinaiki beberapa pekerja asing warga Indonesia ketika melakukan rondaan.

Kemudian setelah membuat semakan, kesemua warga Indonesia itu memiliki permit dan lesen kenderaan yang sah.

Yang menarik perhatian pengguna media sosial adalah, pemilihan bahasa dan penggunaan kata anggota polis itu yang begitu ramah dan lembut menyapa kesemua warga asing terbabit.

“Oh kamu baru sampai Malaysia semalam? Ok, kerja bagus-baguslah duduk Malaysia. Rakyat Malaysia ni tak kira siapa, kami sambut dengan baik.

“Jadi duduk Malaysia, duduk elok-elok. Jangan buat perangai. Dekat Malaysia ada undang-undang sama juga macam undang-undang di Indonesia.

“Ini Wak baguslah, ada permit. Ada lesen memandu kira baguslah. Saya pun hanya manusia biasa. Saya duduk Malaysia ni sebagai anggota polis. Kita saling menghormati, bagi kerjasama yang elok,” kata anggota polis itu kepada kesemua warga asing itu.

Di penghujung video, anggota itu juga turut menitipkan pesanan penting agar kesemua warga Indonesia itu menjaga keselamatan diri dimana juga mereka berada.

Sehingga kini video tersebut mendapat lebih 2.1 juta tontonan, 150,900 tanda suka dan 2,797 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang memuji anggota polis itu yang berbudi bahasa terhadap sesiapa pun termasuklah warga asing.

“Salam dari rakyat Indonesia, jarang jumpa abang polis macam ni. Sejuk hati saya dengar anggota polis macam ni,” komen Pantura.

“Saya dari Indonesia, hormat Tuan. Semoga sihat selalu dipermudah segala urusan. Polis dan masyarakat berpisah tiada,” komen Elyana.

“Tuan betul-betul layak jadi seorang polis. Apa pun terima kasih tuan kerana menjaga akhlak dan budi bahasa,” komen Abd. Hamid pula.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*