{VIDEO} Jangan ingat saya takut !!, lagi video ‘Inspektor Sheila’ hina pegawai rendah tersebar

Siapa sangka, pegawai polis yang dikenali sebagai Inspektor Sheila sekali lagi dirakam meninggikan suara dan memperlekehkan pegawai bawahan di Balai Polis Seri Petaling, Kuala Lumpur pada Isnin.

Melalui video yang kelihatan pegawai kanan polis tersebut duduk di kaunter perkhidmatan pelanggan polis berkenaan.

Melalui perkongsian awal, wanita itu didakwa membuat satu laporan aduan kurang berpuas hati dengan aduan orang awam yang dibuat terhadapnya.

“Dia lagi, video baru berlaku tadi di Balai Seri Petaling. Dah kena jamin semalam (Ahad). Dia datang buat repot tak puas hati,” tulisnya.

Melalui video tersebut, pegawai kanan polis berkenaan turut didengar mengeluarkan kata-kata kurang sopan terhadap seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal.

“You (awak) pangkat apa? Lans Koperal, jangan bagi Lans Koperal bagi saya arahan?

“Siapa pegawai atasan? Saya Inspektor, hanya incharge (pegawai atasan) boleh bagi saya arahan. Jangan ingat saya takut,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*