{VIDEO} Isu peniaga lelaki pakai tudung promote perniagaan’ ulasan UAI buat ramai ‘terkedu’

Isu peniaga lelaki pakai tudung promote perniagaan’ ulasan UAI buat ramai ‘terkedu’

Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan hukum lelaki memakai tudung biarpun bertujuan berniaga adalah haram.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Azhar berkata Allah akan melaknat perbuatan tersebut kerana melanggar hukum syarak.

Jelasnya lagi, sekiranya peniaga mahu menjual tudung jenama mereka, seeloknya digayakan pada patung.

Apakah hukum lelaki pakai tudung perempuan untuk berniaga? Hukumnya haram.

Allah laknat mereka (lelaki) pakai pakaian untuk perempuan, tak boleh. Pakaikan pada patung.

Tak usah pakai pada lelaki, awak lelaki buat apa pakai tudung.

Bagaimanapun, Azhar menjelaskan ada beberapa situasi darurat yang membenarkan lelaki memakai pakaian wanita.

Yang boleh adalah ketika darurat. Orang lelaki kena rompak, kena samun shingga telanjang bogel. Semua pakaian dan seluar dalam diambil.

Kemudian dia jalan jumpa baju perempuan dan pakai, hukum pakai ketika itu tidak haram. Walaupun ia baju perempuan. Tujuan untuk tutup aurat.

Terdahulu, kecoh di laman TikTok apabila beberapa peniaga lelaki dilihat memakai tudung yang dijual mereka bagi mempromosikan perniagaan sendiri.

Rata-rata netizen turut menyelar tindakan peniaga tersebut dan menganggap perbuatan itu sudah melanggar hukum syarak dalam Islam.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*