{VIDEO} Isteri ‘melambung’ masuk parit, 2 beranak maut motosikal dirempuh kereta

DUA beranak terdiri daripada bapa dan anak perempuannya masih kecil maut selepas motosikal dinaiki dirempuh sebuah kereta yang memasuki laluan bertentangan dalam kejadian di Anand, Gujarat, India Isnin lalu.

Media tempatan melaporkan, ketika kejadian, motosikal terbabit dinaiki oleh empat beranak, terdiri daripada lelaki terbabit, isterinya dan dua orang anak perempuannya.

Lelaki terbabit dilaporkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di hospital manakala seorang anak perempuannya yang masih kecil maut di tempat kejadian.

Dua lagi mangsa yang turut cedera parah dalam insiden tersebut iaitu isteri dan seorang lagi anak perempuan keluarga terbabit sedang dirawat di hospital.

Video mengenai insiden ngeri tersebut turut tular yang memaparkan detik-detik ketika motosikal tersebut dirempuh oleh sebuah kenderaan berwarna putih.

Impak akibat kejadian berkenaan menyaksikan keempat-empat beranak itu terpelanting dengan tiga daripadanya kemudian dilihat terbaring berjauhan di antara satu sama lain di atas jalan raya terbabit.

Lebih menakutkan, seorang mangsa yang dipercayai isteri mangsa dipaparkan terpelanting sejauh kira-kira 50 meter dan tercampak masuk ke dalam parit yang berada di tepi jalan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*