Suami isteri pastinya mahukan cahaya mata dalam hidup mereka
Dengan kehadiran cahaya mata ini melengkapkan lagi suasana dalam rumah tangga. Tambahan lagi jika ini adalah kelahiran sulung dalam keluarga, tentu si isteri merasa gelisah betul tak?
Malah, suami juga akan turut merasa perkara yang sama. Namun, lain pula dengan video ini apabila seorang suami berkongsi keadaan tenang isterinya walaupun dia akan bersalin kelak.
Suami dah gelisah tapi isteri nampak tenang
Wife nak bersalin pun masih santai lagi. Suami pulak yang nervous sampai baju pun terbalik 😠pic.twitter.com/aoAxWqGGMe
— amighul deghaman (@ricxxxkiddo) July 18, 2024
Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki berkenaan sedang menunju ke sebuah hospital kerana isterinya sudah mahu bersalin.
Namun, dia sempat merakam momen isterinya yang dilihat sangat tenang berbanding dengan dirinya yang merasa takut sehinggakan baju yang dipakai pun terbalik.
Wanita berkenaan sempat menelefon beberapa orang dan boleh ‘santai’ berjalan walaupun air ketuban sudah pun pecah.
Turut baca :
Leave a Reply