{VIDEO} Ini sebabnya, kenapa bomoh Rusia sukar sihir orang Islam

Ini sebabnya, kenapa bomoh Rusia sukar sihir orang Islam.  Seorang bomoh wanita yang dipercayai berasal dari Rusia membuat pendedahan mengejutkan menerusi satu temu bual untuk sebuah rancangan TV.

Bagaimanapun, potongan babak rancangan itu ada dimuat naik semula oleh pemilik akaun @CahayaSakinah di platform Twitter.

Dalam video berkenaan, bomoh terbabit mengakui betapa sukarnya untuk mempengaruhi pemikiran orang Islam kerana mereka selalu berhubung dengan ‘entiti’ yang tak wujud (solat).

“Mereka diwajibkan beribadah setiap hari…maka mereka sentiasa berada seperti ‘kubah pelindung’.”

“Sangat sukar untuk masuk ke dalam tubuh mereka.”

Dedah bomoh itu lagi, ibadah umat Islam yang berbeza dengan agama lain juga menyebabkan mereka mempunyai keimanan yang kuat dan teguh.

“Ketika memulai sihir, dan orang Muslim ini menghadap ‘pengawas’ mereka dalam doa…”

“Doa mereka bukan selingan seperti yang dilakukan orang Kristian yang hanya datang ke gereja ketika hidup sedang sempit.”

“Kemudian, selama lima tahun berikutnya dia hilang kontak dengan Tuhan dan ajaran gereja.”

Namun rata-rata netizen tidak menafikan akan kebenaran yang dikatakan oleh bomoh berkenaan.

Ini sebabnya, kenapa bomoh Rusia sukar sihir orang Islam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*