{VIDEO} “Ini bukan kali pertama aku kena” – Baru dua suap, pelanggan naik angin jumpa ayam goreng berulat

“Ini bukan kali pertama aku kena” – Baru dua suap, pelanggan naik angin jumpa ayam goreng berulat.

Hajat seorang pelanggan untuk menikmati sajian mi segera yang dihidangkan bersama ayam goreng terbantut apabila mendapati ayam tersebut dipenuhi dengan ulat.

Menerusi video yang dikongsikan di laman TikTok @bluebirdsky, kejadian tersebut difahamkan berlaku di sebuah restoran Pakistan dekat Melaka, sekitar pukul 8 pagi pada Isnin lalu.

Berdasarkan rakaman berdurasi satu minit itu, kelihatan beberapa ulat berkeliaran di sebalik ayam goreng di atas pinggan wanita berkenaan.

“Baru sahaja makan dua suap, aku nampak ulat-ulat ini. Apa mamak tu buat? Dia hanya masak baharu, dia ingat aku ada selera nak makan?

“Ini bukan kali pertama aku kena, dah beberapa kali budak pejabat aku kena. Mamak ni sempoi sampai sekarang jual makanan, orang ramai makan dekat kedai ni,” katanya menerusi video tersebut.

Tidak berpuas hati dengan situasi itu, dia segera membuat aduan di Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM).

Namun cubaannya hampa apabila dimaklumkan talian sambungan ke Unit Pemakanan telah lama rosak.

Katanya, pegawai yang berurusan kemudian memaklumkan mereka akan menghubunginya semula untuk tindakan lanjut, bagaimanapun difahamkan sehingga Sabtu malam, dia masih belum menerima respon daripada mana-mana pihak berhubung laporan tersebut.

“Aku tak tahu kenapa JKNM tak mahu tolong aku dan menitikberatkan perkara begini,” luahnya.

Sementara itu, memetik laporan media tempatan, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem dilaporkan berkata, pihaknya telah pun meminta JKNM untuk menyiasat dakwaan tersebut yang dianggap serius dan melanggar Akta Peraturan-Peraturan Kesihatan Malaysia (PPKM) 2009.

“Saya telah meminta JKNM untuk ambil tindakan segera berhubung kejadian tersebut dan sebarang maklum balas akan dikongsikan kemudian,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*