{VIDEO} Individu dakwa barangan bantuan mangsa banjir dari Khairul Aming dicatu ketua kampung

Umum sedia maklum, banjir teruk telah mengakibatkan beberapa buah negeri terjejas terutama di bahagian pantai timur

Antara negeri yang paling teruk terjejas adalah di Kelantan di mana rata-rata kawasannya habis ditenggelami air banjir.

Namun, ramai individu yang baik hati telah memberikan bantuan dan datang menolong mangsa banjir dan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Antara individu yang tampil memberikan bantuan adalah pempengaruh terkenal, Khairul Aming yang berkongsikan di mana beliau dan pasukannya telah mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir.

Begitupun, baru-baru ini tular sebuah video selepas seorang mangsa banjir mendedahkan barangan bantuan daripada pempengaruh itu didakwa telah ‘dicatu’.

Dedah barang sampai banyak, tetapi dibuka semula dan dicatu

Menerusi video yang dimuat naik, individu berkenaan telah meluahkan rasa tidak puas hatinya selepas barangan bantuan yang diberikan Khairul Aming telah dicatu.

Di dalam video terbabit, individu mendedahkan ada orang lain yang telah membuka semula bungkusan barang bantuan dan dimasukkan ke dalam plastik yang lain.

Malah, apa yang membuatkan dia lebih geram adalah, dia mendakwa mangsa banjir hanya menerima mi segera dan biskut.

Individu itu juga mendakwa pembahagian di PPS tersebut adalah tidak adil untuk semua pihak dan mangsa banjir.

“Memang teruk kena duduk PPS SK Tumpat 1, banyak barang yang sampai tapi yang dibagi hanya sedikit sahaja. Memang teruk ketua kampung sini.

“Saya tak nafikan musim sekarang memang tak cukup bekalan makanan tapi barang-barang memang banyak sampai tapi yang dibahagi hanya sedikit sahaja. Dorang sanggup asingkan barang-barang seperti dalam video,” tulisnya.

Individu dakwa barangan bantuan mangsa banjir dari Khairul Aming dicatu ketua kampung

Khairul Aming beri respon isu barangan kena catu

Selepas tular mengenai dakwaan itu di TikTok, Khairul Aming telah menjawab isu tersebut yang berlaku di PPS terbabit.

Katanya jika betul benda itu terjadi, beliau menasihatkan agar individu berkenaan membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Beliau juga memberitahu bahawa mereka hanya bertanggungjawab untuk menghantar barangan ke PPS tersebut dan terus beredar ke lokasi lain. Malah, beliau juga tidak diberitahu mengenai isu terbabit.

Kalau ada berlaku perkara macam ini, cepat-cepat laporkan pada pihak atasan untuk diambil tindakan selanjutnya.

Baxa juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*