TIDAK pasti apa yang ‘merasuk’ seorang lelaki apabila secara tiba-tiba menghampiri jemaah yang sedang menunaikan solat dan menyerang imam dengan kerusi plastik baru-baru ini.
Dalam kejadian yang didakwa berlaku di Turkiye, video tular berdurasi 34 saat sejak Sabtu memaparkan lelaki berkenaan memukul kepala imam berkali-kali dengan kerusi berkenaan sehingga solat jemaah itu terpaksa dihentikan bagi menenangkan individu terbabit.
Jemaah yang menyaksikan kejadian berkenaan menghampiri dan menghentikan penyerang tersebut sebelum solat selesai, selain peristiwa itu turut dirakam kamera keselamatan masjid terbabit.
Bukan hanya menenangkan individu terbabit, sebahagian jemaah juga memilih untuk bertindak agresif apabila ada yang menyerang lelaki berkenaan dengan barang di sekeliling seperti kipas.
Terkejut dengan reaksi daripada jemaah yang ada, lelaki berkenaan terus melarikan diri dari kawasan kejadian namun orang awam di sekeliling masih sempat mengejarnya.
A man hitsvthe imam on the head several times with a plastic stool while he was leading the prayer. The mosque congregation neutralized the person after the prayer ended. pic.twitter.com/NbxwNf7Nva
— WarRoom Archives (@War_Rum) September 27, 2024
Berikutan kejadian berkenaan, jemaah melaporkannya kepada pihak polis dan menyerahkan pelaku tersebut bagi menyiasat lebih lanjut punca tindakan itu.
Walaupun identiti penyerang masih belum dapat dipastikan namun punca serangan tidak diketahui dan imam itu mengalami kecederaan ringan dalam kejadian itu.
Turut baca :
Leave a Reply