{VIDEO} “Ibu sakit, ayah dah meninggal…” Kisah budak lelaki jual sate ikan buat ramai berjurai air mata

Kegigihan seorang budak lelaki berniaga sambil ditemani adik perempuannya di Taman Robina, Butterworth menimbulkan rasa kagum pengguna media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik @yusry__ di akaun TikTok, kanak-kanak lelaki itu menjual pelbagai jenis makanan antaranya seperti sate ikan, otak-otak serta minuman.

Seorang wanita dilihat bertanya mengenai jualan kanak-kanak itu sebelum menghulurkan sedikit bantuan dan meminta dua beradik itu pulang kerana cuaca buruk.

“Ini perniagaan saya sendiri. Ibu sakit dan ayah sudah meninggal dunia. Saya balik sekolah terus datang kedai untuk cari makan.

“Adik saya rajin sebab dia mahu masuk universiti,” kata kanak-kanak itu.

Tindakan wanita berkenaan membuatkan kanak-kanak perempuan itu memeluk abangnya setelah melihat lelaki berkenaan menangis atas bantuan diberikan.

Sehingga kini, video itu telah menerima lebih 1.8 juta tontonan, 188,100 ribu tanda dan 8,151 komen.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata sebak melihat kesabaran budak lelaki itu mencari rezeki.

“Berjurai-jurai air mata aku bila adik dia peluk abang dia, aku ni lembut tau,” komen Fariez Hyun.

“Saya pernah ada di situasi adik ini. Masa itu meniaga teman mak, saya macam adik dia tekad dalam hati nak banggakan mak. Alhamdulillah, sekarang saya pensyarah universiti,” komen Sis Nadh.

“Aku tengok sambil air mata aku mengalir. Sedih tengok. Ya Allah, kau murahkanlah rezeki adik tu dan panjangkanlah umur mereka Ya Allah,” komen Zahar Arif.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*