Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.
Demikian bagi menggambarkan situasi yang menimpa seorang wanita yang juga merupakan usahawan selepas tularnya video penderaan yang dilakukan ke atas anak angkatnya.
Selain luah terkejut, seorang wanita juga terkilan selepas mendapat tahu pelaku yang melakukan keganasan itu adalah kenalan rapatnya.
“I tak sangka tau tengok video adik tu kena dera… I makin hamun tau.”
“Rupanya orang yang buat tu adalah you, Mira Khan…”
Dedah wanita itu, dia mengenali suspek menerusi aplikasi Tiktok.
Suspek sering berkongsi masalah yang dihadapinya, termasuklah berkenaan sering dibuli dan mengalami tekanan sehingga nekad bunuh diri.
Mengenangkan situasi yang tular, membuatkan dia tergamam dan tidak percaya bahawa keperibadiannya jauh beza dengan individu yang dikenali sebelum ini.
“Dia memanglah famous, I kenal perempuan tu pun dekat Tiktok. Dia mesej I sebab dia selalu cerita dia kena fitnah…I selalu bagi dia support tau, sangat terkejut bila tengok video ni.”
“Macam-macam dia cerita…I ni pendengar setia dia tau sebab dia kata pernah depresi sampai nak bunuh diri…”
Dalam waktu sama, dia juga luah syukur kerana akhirnya identiti sebenar suspek akhirnya terbongkar, seolah-olah Tuhan telah mendengar doanya.
“Setiap hari I doakan untuk dia, I selalu kata kalau niat you baik, Tuhan akan tolong tapi nampaknya niat You tak baik…”
“I malu, I menyesal kenal you, macam ni rupanya perangai you…”
Leave a Reply